Hari haram puasa

Apakah hari-hari yang diharamkan berpuasa dan kenapa?

Jawapan :

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:

1- Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya’ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :

” Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w.”

2- Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :

” Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha “

3- Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
” Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t “

4- Hari Haid dan Nifas.

5- Ulama’ Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya’ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya’ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada’ atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya’ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya’ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

” Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya’ban, janganlah kamu berpuasa ” (Riwayat Ahmad)

- Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da’if menurut pendapat Imam Ahmad.
Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh – Dr. Wahbah Zuhaili

6- Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s